Friday, 17 October 2014

Cara Nak dapatkan Perhatian Dari Boyfriend!

Hi there!

Hari ni nak share cara nak attract boyfriend korang. Pernah rasa tak boyfriend korang memberi lebih perhatian kepada kawan or 'bro-bro' diorang? Pernah rasa terabai tak? Ehehe =p Get the spotlight back on your relationship. Ini mungkin langkah yang simple.

Kalau menurut kajian, orang lelaki ni simple berbanding perempuan. Tapi tak semuanyalah. Ada juga boyfriend yang cerewet. My boyfriend jenis yang tak cerewet. Sangat simple and sempoi tapi dia pandai ambik hati. Bila lama dah tak keep in touch, dia pandai cari dan minta maaf. Meanwhile, aku ok je ponn. Eheheh =P

Baiklah, First thing first,

1. Kena memahami kenapa dia dah tak kurang beri perhatian. 

Mungkin dia ada beberapa benda penting yang dia ingin focus kan and that thing is nothing to do with you. Kena follow up rutin harian dia. Maybe dia stress dengan kerja, ada masalah keluarga yang sukar difahami or sakit. Kita orang perempuan ni kena pahamlah. Dont be like "Paying attention to Me is your job! Do your job as MY BOYFRIEND!" Hello ladies, jangan lah nak drama queen sangat. Dia tu pun manusia. Dia pun ada goal, tanggungjawab dia as a man. Anak lelaki, tanggungjawab kat family first tau?

2. Jangan jadi demand sangat. 

Lelaki tak suka perempuan yang  menuntut untuk mengetahui mengapa dia tidak memberi perhatian kepada kita sejak akhir-akhir ini. Nanti dia jadi bengan tau. Aku pernah jadi macam ni, bila aku cakap something like kita lama dah tak spent time together. Then terus dia jadi bengan. Start lah aku kena bebel. Rasa nak gaduh pun ada. Tapi most of the time kalau aku kena bebel aku diam je. *Cedey* Lebih baik kalau kita memahami. Perempuan yang memahami always man's favourite okay?



3. Cari aktiviti or things yang korang berdua minat.

Sama ada menonton wayang, keluar makan, shopping (ada ke lelaki suka shopping? Haha. Ada okay), main video game bersama, main online game bersama, keluar makan kat warung sambil main COC (pun boleeeee) or anything yang korang rasa enjoy when both of you do it together. Ingat, jangan satu pihak je yang enjoy.  Kalau both of you tak tahu nak buat apa, google activities yang korang boleh buat together. Buat lah research sikit-sikit or simple, tanya kawan-kawan, minta suggestion perkara yang best dibuat as couple. Ingat balik apa benda yang korang suka time mula-mula dating dulu.





4. Bertolak ansur/kompromi.

Once in awhile, tanya juga apa yang dia nak buat. Walaupung you guys tak suka dan tak menyenangkan. Sebagai contoh, korang temankan dia menonton pertandingan sukan atau bola, atau temankan dia main game (sambil tu korang boleh online atau baca buku), but support game atau team dia juga k. Sometimes you have to do things he likes doing, he'll be much more receptive to paying attention to you when you're doing things he doesn't enjoy too.



5. Try to be friend with his friend.

Selalu je kan boyfriend cakap nak keluar dengan kawa-kawan dia. Entah betul ke tak keluar dengan kawan. So, korang mesti ambil tahu siapa kawan dia. Bukan takat ambil tahu je, mesti berkawan dengan kawan dia. Cara yang simple adalah menjadi ceria dan positif. Kalau boyfriend korang kenalkan ngan kawan diorang, try to pop out some question yang simple, supaya nampak korang lebih friendly /tak sombong sangat. Kawan-kawan dia pun suka nak bergaul ngan korang. Benda ni pun boleh tarik perhatian lelaki bila korang dah rapat ngan kawan dia.

Aku bersyukur sangat sebab kawan-kawan boyfriend aku tu kawan aku jugak. Tapi tak selalu hang-out dengan diorang. Korang boleh try trick macam ni untuk tarik perhatian dia bila dia dah start ignored korang sebab terlampau focus layan bola or game.

eg:
Girl: Syg nak nombor Addie.
Guy: Nak buat apa? +6014-1234567
Girl: Adalah. Ada benda nak tanya Addie
Guy: Benda apa?
Girl: Nanti tua baru I bagi tau.
Guy: Huh? Tell me now.
Guy: Baby?
Guy: Apa ni, nak rahsia-rahsia lagi. T.T (Start jadi tak keruan. Mula lah call Addie)

Tapi sebenarnya tak ada apa ponn. Ekekekekek. =p

6. Mengambil initiatif. Keluar dari kebiasaan yang kamu pernah buat.

Korang carilah apa-apa perkara yang lain dari yang lain korang pernah buat. Sebagai contoh, korang boleh membawa pasangan anda keluar untuk filem atau rancangan dan mengakhiri malam hari dengan makan malam di tempat yang sesuai dengan pilihannya. Ini bukan sahaja akan mendapatkan perhatiannya, tetapi mungkin membuat dia cukup berterima kasih kepada ingin membalas masa yang akan datang. 

7. Jual mahal sikit.

Tapi mesti sikit je! Jangan nak lebih-lebih sebab lelaki MENYAMPAH perempuan yang terlalu ego nih. Kita pakai trick jual mahal ni sebab nak main tarik tali okay? Jangan jadikan diri kita ni selalu available sebab dia akan mindset, we always there so dia tak berapa nak kisah how we feel. Okay, bila dia call jangan panic sangat dan terus jawab call. Take time sikit. Bila dia marah kenapa lambat jawab call, bagi tahu kita sibuk or in the middle of something but in a polite way. Hehehe. Men like what they can't have all the time. (True man only)

8. Be independent.

Cuba jadi perempuan yang boleh hidup tanpa lelaki. I mean, kalau boyfriend korang tak text or call korang, korang buat saja rutin harian macam biasa. Tak perlu nak gelabah or risau (Walaupun kita memang risau) Jangan rimaskan lelaki yang mereke perlu 'ada' dengan kita. 

eg:
Girl: Syg, I'm off to *place*
Guy: Okay take care.
-5 to 7 hours later-
Guy: Baby, are you okay? Takda message apa pun :(
Girl: Kereta I rosak lah you.
Guy: Laaa. Baby kat mna? Ok jgak?
Girl: Dont worry, I boleh buat ni. Takyah susah2 datang.
Guy: Okay :)
Guy: Baby, sure ke boleh buat tu?
Guy: Baby, nak syg datang tolng?

Confirm dia jadi tak keruan. Hehe, sebenarnya kereta kite okay je ponn =p

9. Jaga diri sendiri.

Get a healthy life style. Makan makanan yang sihat, exercise. Ambil berat juga dengan penampilan diri tetapi jangan obsess sangat. Bila boyfriend korang nampak korang ada perubahan, buat dia lebih rasa nak jaga korang sebab takut-takut kena ngorat ngan orang lain. 

10. Fahami tingkah laku diri sendiri.

Kalau korang jenis kuat membebel, baik kurangkan. Jangan jadi seorang yang memerintah or direct cakap 'Syg, i dont like you macam ni. Cepat berubah!' Boleh buat lelaki lari okay. Kadang-kadang lelaki mengasingkan diri sebab dia tak suka dengan certain attitude kita. Dia malas nak gaduh sebab bila dia tegur kita akan melenting balik dan startlah pergaduhan besar. So, he choose to be silent. Ada lelaki yang direct cakap, ada lelaki yang tiba-tiba je tak ambil perhatian lagi sebab dah merajok. Elak-elakanlah bad attitude ye. Aku pernah bengan sebab my boyfriend tiba-tiba silent. Then, dia cakap dia tak nak gaduh lagi. So dia pun mengasingkan diri :( Cepat-cepat minta maaf and promise untuk try tak buat lagi.



Okay! This is just few suggestion. Banyak lagi tips dan cara nak tarik perhatian boyfriend korang. I hope whoever read this will get inspired and help you guys in relationship.

p/s: sorry bahasa agak rojak sikit =p


Nabihah. 

6 comments:

  1. Dah baca semua... and nice tips! ∩__∩
    Tapi saya takde boyfriend...
    Kecik lagi? Hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha. laaa kecik lagi ke?
    xpa, wise people reads a lot.

    take note je. nnt ada bf, bukak balik entry ni. mihmihmih xD

    ReplyDelete
  3. saya pun macam ana,dok ada lagi..
    ehem.....
    tapi mungkin akan berguna utk suami.. ^^

    semoga berbahagia..!

    ReplyDelete
  4. So sekarang dah 2023 saya baru baca :)

    ReplyDelete