Hi there!
Bazaar Ramadan Labuan walk ni antara bazaar yang famous la kat Labuan sebab memang banyak gerai and banyak juga pilihan makanan yang sedap-sedap.
Seperti yang aku inginkan, aku ajak lah my "kekasih hati" pergi bazaar ngan aku. Ye lah, teringin pula nak makan murtabak daging yaww. Nak ajak dady aku, memang sah-sah lah tak nak. Malas sangat kalau jam tu. So aku ajak lah mamat ni. Dia pun sudi lah pergi bazaar ngan aku.
Macam yang aku imagine, memang sesak lah bazaar tu. Banyak makanan yang sedap-sedap. Rambang mata yaww. Aku rasa gembiralah dapat pergi bazaar dan survey-survey makanan yang sedap-sedap but he seem not happy to shop with me. Aku rasa dia sakit atau penat. Tapi bila aku tanya, he said he's fine. Ugh, memg lelaki tak suka ke pergi tempat-tempat macam ni? Lagi pun baru dua kali je aku tawaf tu bazaar, bukan banyak kali pun. Sabar je lah kan. Malas la nak merungut, lagi pun dia sudi nak hantar balik rumah. =~= Dia tak banyak beli makanan tau. Just dua plastik kuih bulan je. Meanwhile aku, banyak kot cik kak. Ehehe =p
Sampai kat rumah, dia bagi aku seplastik kuih bulan yang dia beli tadi. Aik, pikir untuk dia sorg je kan. Hohoho. Thank you love! Banyak lah juadah berbuka aku nanti yee. Masa dia nak jalan tuh, sempat juga dia jumpa daddy.
"Anak pakcik paksa saya pergi bazaar hari ni. Sengal lah" Bayangkan lah dia cakap macam tu. Dia luahkan apa yang terbuku di hati mamat tuh.
Reality : "Saya bawak nabihah pergi bazaar ramadhan kat bandar tadi pakcik"
Hehehe. Siapa juga nak cakap macam tu kat bapa orang kan. =p
Anyways, juadah berbuka kami sekeluarga:
Mom prepared:
-ikan goreng
-agar-agar pandan
Dad prepared:
-air kelapa
Abang prepared:
-sate ayam
-puding jagung
Me:
-sayap ayam
-murtabak daging
-kuih tiga jenis
-kuih bulan yang zizul bagi.
Adoyaii, memg senak perut kekenyangan! Rasa bersalah sebab tak dapat habiskan makanan-makanan tu. Huhu. Alhamdullilah kerana di berikan rezeki.
Nabihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment