Thursday, 18 September 2014

20 Facts About Me

Hi there!

Dalam 9 bulan ni baru ciput je entries blog aku. Aku tersangat lah malas nak update blog. Entah kenapa. Connection ada je. Mungkin tak ada idea kot. Hmmm. you can say that lah.

But tonight tiba-tiba rasa nak blogging la pla. Entah kenapa. mungkin sebab aku dah boring gila-gila tahap karma kot. Rasa nak membebel dan merapu. Heheh.

So sekarang ni tengah intrend 20 facts about me. Best juga tengok kawan-kawan kena tagged and then post 20 facts pasal dorang. Ada juga yang tak kena tagged tu, post juga 20 facts pasal dorg. Well, masing-masing la kan. Suka hati dorg la kan nak post 20 facts about em'. 50 facts pun boleeeee.

Aku selama ni peratii jee. Rasa malas pula nak post 20 facts pasal aku. Aku malas nak pikir. Sebelum trend ni berakhir, ada juga kawan aku tagged aku. Huhu. Rasa malas nak jawab. Serius beb. Penat squeez otak pikir pasal diri sendiri. Tu la kan.. bila benda yang tak perlu pikir, banyak idea keluar. Tapi bila benda tu nak kena pikir, habis kering idea. Hampeh.

So here 20 facts about me:

Satu.

Suka sangat warna pink. Yup pink. warna yang mereflectkan perempuan. Warna yang feminin. Warna yang lembut. Warna yang jambu. Warna yang cute, comel dan buat aku rasa geram. Zaman aku sekolah dulu, aku tak suka warna pink sebab tu warna soft untuk orang-orang yang lembut je la. Aku dulu ganas. Aku suka warna merah. Aku budak punk. Aku jiwa kental. Aiseh. Tapi lepas spm je mula lah keluar my girly side. Rupanya aku ni girly juga yaaa. Rasa macam tu sebab start ada boyfriend dah kot (i got my first boyfriend after spm) Hahaha. Tapi memg time tu start terpikat ngan warna pink. Tak ble blah tengok benda warna pink.

Dua.

Suka sangat dengan Hello Kitty. Hello kitty memg sinonim la dengan warna pink. Binatang yang comel and always goes ngan warna pink (selain bavi lah, and bavi tak comel. fullstop). Suka sangat hello kitty sebab comel gila patung tu plus aku memg suka giler ngan kucing. Oh, hello kitty is not a cat pula kan but a british girl. Sound not make any sense but who cares.. semuanya dari diri kita sendiri. Kalau kita anggap kucing, maka kucing lah ia. Kalau kita anggap org, so orang lah ia kann? so yeahhh..

Tiga.

Suka sangat dengan kucing and selalu bawa kucing tidur sekali kat katil., Kadang-kadang tengah malam terbangun dari tido (or actually mengigau) pegi cari kucing and bawa kucing tido atas katil. Haha. Apakah? Ntah dah memg begitu la aku. Dan aku akan menangis bila kucing aku mati. Just like baru-baru ni anak kucing kesayangan abang aku si Puyuh mati. Aku menangis gila babeng yaww.. tak boleh terima hakikat kucing tu dah tak bergerak and bernyawa. Huhu. Haru biru.

Empat.

Suka sangat memasak. Selalu masak kat dapur. Entah sejak bila lah aku pandai buka api dan tak takut ngan minyak. Bestnya memasak. Walaupun tak pandai memasak. Tapi suka mencuba resepi dan belajar skill memasak. Suka sangat tengok rancangan memasak.

Lima.

Suka dengar lagu genre jazz. Lagu jazz are the most relaxing music genre. Hehe. Most favourite song : Sunday Morning by Maroon 5

Enam.

Suka main game. You can considered me as gamer. Memang dari kecik main game. Dari game kaset hinggalah berevolusinya game tu menjadi Playstation. Dari playstation 1 to 3 jelah. Sebab tak mampu lagi nak beli PS4. Then main game PC lagi. Sekarang ni tengah dating seorang gamer. Di sebabkan nak masuk 'dunia' dia... aku pun main lah Rebirth Ragnarok Online demi dia. Huhu. Tak sangka pula dia tu pro and agak feymes. Kadang-kadang malas nak online ngan dia sebab ramai sangat orang tegur-tegur dia. Jeles la plaaa aku. cis.

Tujuh.

I played instrument. The only instrument that i played is bass guitar. My abang bought me Ibanez 5 string bass guitar. Aku tak pro sangat tapi bole lah kampung-kampung.

Lapan.

Agak cerewat juga but sometimes tak juga. Ekekekek. Kadang-kadang aku bersyukur je lah apa yang ada. Kadang-kadang nak juga yang terbaik sampai men-tension kan diri sendiri atau pun orang lain. Hihihi

Sembilan.

I watch cartoons and anime. Never felt too old for that stuff. Phinees and ferb always work for me. Hahah

Sepuluh.

Tidak suka baca Novel. Huh, cepat tertido kalau baca novel. Not a consistence reader. Sangat slow. Klu org 1 malam ble baca 2 novel, aku 1 malam bole baca cuma 2 bab. Memg mcm siput. Spm aku tak pernah habis baca novel. Cuma baca sipnosis, nota-nota dan penerangan dari cikgu jeww.. kihkihkih.

Sebelas.

Suka lepak cafe. Suka sangat environment cafe. Someday nak buka own cafe sendiri.

Dua belas.

Allergic pada seafood. Terutama sekali sotong dan ketam. Kalau makan badan akan jadi gatal-gatal. Dada akan sakit. Aesophagus akan bengkak, hardly to breath. Bibir jadi Angelina Jolie. Kesian tak dapat nikmati seafood.

Tiga belas.

Seorang yang berhati lembut. Senang tersentuh or cengeng. Cepat menangis kalau tengok movie-movie sedih or babak yang menyentuh. Kalau Zizul punya tone suara berubah sikit pun aku jadi cengeng. Huhu. Tapi mostly pendam je lah. Haru biru.

Empat belas.

Suka ngan bunga. Suka corak bunga, floral and vintage.

Lima belas.

Penyayi yang I minat only Yuna. Dulu suka Hujan sebab lagu-lagu dorang yang ada unsur-unsur jazz. Yuna pun skrg dah kurang sikit jazz.. tapi still minat sebab dia memg hebat. Suara sedap dan dia cipta sendiri lagu dia. She got nice personaliti too.

Enam belas.

Pelakon yang I minat is Barney stinson dan Robin schebatsky. Start minat since tengok How I met Your Mother.

Tujuh belas.

My only adik is my bestfriend. Shes also my mastermind, my diary, my staff, my kawan bergaduh.. we share lotsov things.

Lapan belas.

Aku suka lelaki yang chubby macam Zizul. hehe. Addie pun comel tapi Zizul pandai ambik hati aku. Mulut manis, thats why juga bole cair instead dia ni baik. Hehe

Sembilan belas.

Suka minum coffee dan nescafe. Caffien holic. Kalau bangun tdo tak minum caffien mesti rasa tak fresh, mesti rasa nak marah-marah orang or moody. Tapi setiap kali pergi restaurant memang order nescafe suam. Tak pandai minum panas. Hehe. Orang pun hafal apa yg aku nak minum.

Dua puluh.

Genap umurku pada tahun 2014. Dah masuk two series eh. Takda lagi sweet-teen. Huhu. Beza umur I dengan Zizul is empat tahun. Ok lah kan empat tahun? Thats why la dia selalu anggap me like budak-budak.
'My budak' he called me. Huhu.

Huh, panjang betol membebel. Hahah. ada ke orang nak baca ni? huhu. Kalau ada, thank you lah sebab anda berjaya menghabiskan bacaan ini. *clap clap clap*

Hehe. Mata pun dah ngantuk ni. Nak gi tido dulu. Nighty night.



Nabihah.

No comments:

Post a comment